Wednesday 5 December 2012

Konsep Didik Hibur


Sumber gambar: mk87sianakbumi.wordpress.com

Didik hibur adalah satu kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan  pembelajaran Bahasa Melayu.
Pengisian Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)  dalam pelajaran Bahasa Melayu melalui kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan aspek tatabahasa.

DEFINISI DIDIK HIBUR

1. Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur
2. Kamus Dewan: Didik sebagai pelihara, jaga, hati-hati dan ajar,
3. Hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan

Rumusan:
Pengajaran bersifat santai, berhibur  komponen jasmani dan rohani

CIRI-CIRI DIDIK HIBUR

•       Pembelajaran yang seronok dan ceria.
•       Meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid
•       Murid boleh berkomunikasi secara verbal dan non verbal.
•       Menunjukkan tahap perubahan tingkah laku – (tahu, faham, hayati)
•       Semangat kerjasama, berpasukan dan toleransi.

Objektif Didik Hibur

•       Tiga objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan sekolah menegah

1. mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur
2. Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan  bercerita.
      3. Mengguna dan memahami pantun dua kerat  secara didik hibur.

ASPEK DIDIK HIBUR
1. Nyanyian 2. Bercerita 3. Berlakon 4. Berpuisi

Sumber: En.Razali Hj.Mohd Shukor & En.Azmi Jali

Monday 26 November 2012

Contoh Karangan "Rumahku, syurgaku"



"Rumahku, syurgaku". 

Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. 

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”. 

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. 

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? 

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. 

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.

Sumber: http://belajarbersamacikgulatifah.blogspot.com

Video Debat Piala Perdana Menteri Akhir 2012



Wednesday 21 November 2012

Contoh Pantun Nasihat


Lepas dijemur baju dilipat,
Disimpan dalam almari lama,
Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana Solat tiang agama.


Sumber gambar: www.klikunic.net

Jangan kita tinggalkan solat,
kerana solat tiang agama,
Hidup mesti bermuafakat,
Barulah harmoni sepanjang masa.

Berbudi bahasa amalan mulia,
Tanpa mengira tua dan muda,
Tiada kejayaan tanpa usaha,
Untuk berjaya jangan mudah berputus asa.

Indah perkataan kerana bahasa,
Indah akhlak kerana agama,
Jasa ibu bapa jangan dilupa,
Kerana ia tidak ternilai harganya.

Hidup berjiran mesti sepakat,
agar hubungan harmoni sentiasa,
Bertaubatlah sebelum terlambat,
kerana ajal datang tak kira usia

Sumber:www.selokamelayu.blogspot.com

Info: Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan


Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.


Tujuan utama penganjuran program ini adalah:
  1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Pada asalnya program seumpama ini telah dijalankan sepanjang dekat 60-an bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang pada ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Manakala pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sehingga kini.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_Bahasa_Kebangsaan

Tuesday 20 November 2012

Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

                                            Sumber gambar: anitaaruszi.blogspot.com

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com

Monday 19 November 2012

Selamat Datang

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terima kasih kerana sudi melayari laman blog pembelajaran Bahasa Melayu ini.

Sandra Liam

Dewan Undangan Negeri Sarawak
Gambar oleh: Delmon Peter