Sumber gambar: mk87sianakbumi.wordpress.com
Didik hibur adalah satu kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Pengisian Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dalam pelajaran Bahasa Melayu
melalui kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan aspek tatabahasa.
DEFINISI DIDIK HIBUR
1. Didik
hibur bermaksud mendidik sambil menghibur
2. Kamus
Dewan: Didik sebagai pelihara, jaga, hati-hati dan ajar,
3. Hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan
Rumusan:
Pengajaran bersifat santai, berhibur komponen jasmani dan rohani
CIRI-CIRI DIDIK HIBUR
• Pembelajaran
yang seronok dan ceria.
• Meningkatkan
keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid
• Murid
boleh berkomunikasi secara verbal dan non verbal.
• Menunjukkan
tahap perubahan tingkah laku – (tahu, faham, hayati)
• Semangat
kerjasama, berpasukan dan toleransi.
Objektif Didik Hibur
• Tiga
objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan
sekolah menegah
1. mengguna
dan memahami lirik lagu secara didik hibur
2. Mengguna dan memahami bahasa yang
indah dan bahasa badan dalam lakonan dan
bercerita.
3. Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.
ASPEK DIDIK HIBUR
1. Nyanyian 2. Bercerita 3. Berlakon 4. Berpuisi
Sumber: En.Razali Hj.Mohd Shukor & En.Azmi Jali
No comments:
Post a Comment